Ihya' 'Ulumuddin
Hari ni, rase2nye macam nak kongsi sesuatu yang agak penting untuk korang.. Iaitu muqaddimah sikit2 pasal buku Ihya' 'Ulumuddin ni.. Tulis sikit2 eh, penat ah nk taip banyak2.
Biodata Imam Al-Ghazali

-Muhammad ibn Muhammad Ibn Muhammad Ibni Ahmad
-Lahir di Tusia, Khurasan pada tahun 450 Hijrah/1058 Masihi
-Dikenal sebagai Algazel di Dunia Barat
-Ilmuwan Islam yang terkenal
-Dikenali sebagai tokoh pemikir Islam serta dianggap sebagai al-mujaddid pada kurunnya.
Kata-kata hikmah Imam Al-Ghazali
1. Ilmu agama ialah memahami jalan menuju akhirat yang dapat diketahui dengan kesempurnaan dan kebersihan akal.
2. Menempuh jalan ke akhirat adalah sukar dan banyak tipu dayanya tanpa penunjuk jalan dan teman. Adapun penunjuk jalannya adalah para ulama'.
3. Orang yang tidak berilmu hatinya menjadi sakit dan kemungkinan hatinya akan menjadi mati.
4. Sebelum meninggalkan dunia yang fana ini, al-Ghazali berkata: "Aku letakkan arwahku di hadapan Allah SWT, Kamu tanamlah jasadku di lipatan bumi yang sunyi lagi sepi. Namaku akan bangkit kembali menjadi pertuturan dan buah bibir umat manusia pada kemudian hari."
Alhamdulillah.. tu je kot untuk hari ni... Kalau ade mase bukak lah blog ni laen kali.. mungkin ade post baru ke pasal Ihya' 'Ulumuddin ni.. Banyak agih nak cite, tapi tak abis kalu nak taip..Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ...
No comments:
Post a Comment